Blog

Matlamat Zakat Bentuk Akhlak Umat

DR FEIRUL MALIQ INTAJALLE ZAKAT disyariatkan dalam bentuk ibadah yang unik. Keunikan ibadah zakat tidak terhad kepada pelaksanaan kewajipan ibadah itu semata-mata, malah memberi kesan masyarakat Islam secara amnya. Hal tersebut mendorong sebahagian ulama mengutamakan ibadah zakat daripada ibadah puasa dalam susunan rukun Islam itu sendiri, yang mana perintah ibadah zakat disebut sebanyak 58 kali di dalam Al-Quran - 32 kali disebut secara sendirian dan 26 kali bersama ibadah solat seperti yang termaktub dalam Surah Al-Hajj, ayat 78, yang bermaksud: "Oleh sebab itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu." Dalam ayat yang...

Continue Reading →

Zakat Memperkasa Umat, Memakmurkan Hayat

Oleh Ustaz Abdul Manaf Rahmat ALLAH berfirman dalam surah At-Taubah, ayat 103-104. Yang ertinya: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dengannya dan doakanlah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat dan sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” Zakat adalah rukun Islam yang ketiga. Setiap orang Islam yang mempunyai kekayaan yang berlebihan diwajibkan menunaikannya sebagai suatu kepatuhan dan ketaatan teguh terhadap Allah. Dengan mendasar ke bawah ia juga menumbuhkan...

Continue Reading →

Ramadan Mendidik Menghormati Kepelbagaian

Oleh Dr Mohammad Hannan Hasan KEPELBAGAIAN kepercayaan, pandangan dan kcenderungan adalah lumrah kehidupan. Ramadan mendidik jiwa dan minda untuk menghargai perbezaan dan kepelbagaian ini dan menghormatinya dengan rasa adab yang tinggi. Jika Allah inginkan manusia semua seragam dan sependapat tentunya Dia telah jadikan demikian. Namun, Hikmat Ilahi menginginkan sebaliknya. Ia sebagai ujian kepada manusia menguruskan minda dan hati; menghormati dan menyayangi orang lain walaupun – bahkan kerana – mereka berbeza dengan kita. Ini juga memberi kita peluang mendekatkan diri kepada Allah dengan menundukkan ego diri, kesombongan dan takbur bahawa kita lebih baik dan lebih betul dari orang lain. Agar kita...

Continue Reading →