Asatizahs’ Advice

Jangan Sampai Kufur dalam Kefakiran

Mengumpul kekayaan di dalam Islam USTAZ MOHD KAMAL MOKHTAR ISLAM tidak menghalang umatnya untuk mengumpul harta. Malah jika matlamat dan cara mengumpul kekayaan itu tidak melanggar batas-batas syara’, ia amatlah dituntut oleh Allah sesuai dengan sarananNya di dalam Surah Al-Jumuah ayat yang ke-10 yang bermaksud, “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta banyakkanlah ingatan kepada Allah (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Al-Jumuah:10) Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa tiada halangan bagi umat Islam untuk mengumpul harta dan kekayaan, bahkan...

Continue Reading →

Jangan Jadikan Ramadan Bulan Pembaziran Makanan

USTAZAH SAIDATUNAH NAFISAH MOHAMED IBRAHIM BULAN Ramadan dikenali juga dengan musim beribadah untuk umat Islam. Maka kita akan lihat ramai antara kita yang berlumba-lumba mencari pahala. Pada bulan Ramadan juga kita akan dapati ramai umat Islam yang berpusu-pusu ke masjid. Masjid-masjid di seluruh dunia akan dipenuhi dengan umat Islam khususnya untuk beriktikaf, solat berjemaah dan bertarawih. Di satu aspek yang lain, tanpa kita sedari, secara tidak langsung bulan Ramadan seolah-olah telah menjadi bulan pesta makan untuk sebahagian kita. Pada bulan ini orang ramai berpusu-pusu juga ke bazar Ramadan, membeli bermacam-macam juadah untuk berbuka. Ada juga mereka yang berbuka secara ‘buffet’...

Continue Reading →

Manfaatkan Ramadan Jalin Semula Silaturahim yang Terputus

USTAZ MUHAMMAD FAMINALLAH ZAINUDDIN TERDAPAT pelbagai kebaikan yang boleh kita lakukan bagi merebut ganjaran di bulan Ramadan. Perkara mudah yang sering kita terlepas pandang namun besar ganjarannya adalah bersilaturahim. Dalam interaksi kita dengan orang lain boleh sahaja terjadi salah faham. Ianya boleh membuat jalinan persaudaraan menjadi tidak harmoni. Bermula dari salah faham inilah yang sering mengakibatkan dua orang yang pada awalnya saling menyayangi antara satu sama lain, menjadi renggang, jauh dan akan mengakibatkan kekakuan yang tidak baik dalam perhubungan. Interaksi persaudaraan dan persahabatan akan menjadi hambar. Tidak akan ada lagi kerinduan, sebaliknya yang ada adalah kekecewaan dan kebencian. Bahkan keadaan...

Continue Reading →

Matlamat Zakat Bentuk Akhlak Umat

DR FEIRUL MALIQ INTAJALLE ZAKAT disyariatkan dalam bentuk ibadah yang unik. Keunikan ibadah zakat tidak terhad kepada pelaksanaan kewajipan ibadah itu semata-mata, malah memberi kesan masyarakat Islam secara amnya. Hal tersebut mendorong sebahagian ulama mengutamakan ibadah zakat daripada ibadah puasa dalam susunan rukun Islam itu sendiri, yang mana perintah ibadah zakat disebut sebanyak 58 kali di dalam Al-Quran - 32 kali disebut secara sendirian dan 26 kali bersama ibadah solat seperti yang termaktub dalam Surah Al-Hajj, ayat 78, yang bermaksud: "Oleh sebab itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu." Dalam ayat yang...

Continue Reading →

Zakat Memperkasa Umat, Memakmurkan Hayat

Oleh Ustaz Abdul Manaf Rahmat ALLAH berfirman dalam surah At-Taubah, ayat 103-104. Yang ertinya: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dengannya dan doakanlah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat dan sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” Zakat adalah rukun Islam yang ketiga. Setiap orang Islam yang mempunyai kekayaan yang berlebihan diwajibkan menunaikannya sebagai suatu kepatuhan dan ketaatan teguh terhadap Allah. Dengan mendasar ke bawah ia juga menumbuhkan...

Continue Reading →

Ramadan Mendidik Menghormati Kepelbagaian

Oleh Dr Mohammad Hannan Hasan KEPELBAGAIAN kepercayaan, pandangan dan kcenderungan adalah lumrah kehidupan. Ramadan mendidik jiwa dan minda untuk menghargai perbezaan dan kepelbagaian ini dan menghormatinya dengan rasa adab yang tinggi. Jika Allah inginkan manusia semua seragam dan sependapat tentunya Dia telah jadikan demikian. Namun, Hikmat Ilahi menginginkan sebaliknya. Ia sebagai ujian kepada manusia menguruskan minda dan hati; menghormati dan menyayangi orang lain walaupun – bahkan kerana – mereka berbeza dengan kita. Ini juga memberi kita peluang mendekatkan diri kepada Allah dengan menundukkan ego diri, kesombongan dan takbur bahawa kita lebih baik dan lebih betul dari orang lain. Agar kita...

Continue Reading →

Zakat Memperkasa Umat, Memakmurkan Hayat

Oleh Ustaz Abdul Manaf Rahmat ALLAH berfirman dalam surah At-Taubah, ayat 103-104. Yang ertinya: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dengannya dan doakanlah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat dan sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” Zakat adalah rukun Islam yang ketiga. Setiap orang Islam yang mempunyai kekayaan yang berlebihan diwajibkan menunaikannya sebagai suatu kepatuhan dan ketaatan teguh terhadap Allah. Dengan mendasar ke bawah ia juga menumbuhkan...

Continue Reading →

Jadikan Perkahwinan Sebagai Ibadah

Oleh Ustaz Pasuni Maulan MANUSIA dicipta Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Setiap kegiatan kehidupan tidak terpisah dari usaha mengabdi diri kepada Allah. Demikian juga dengan pembinaan keluarga – ia satu ibadah kerana peranan keluarga amat penting dalam membentuk dan mencorak generasi masa depan serta pembangunan masyarakat. Peraturan pernikahan diatur rapi agar rumah tangga dapat dibina di atas asas kukuh. Ia tidak bermula setelah bernikah, tetapi sebaliknya sebelum melangkah ke alam perkahwinan – bagaimana menyediakan diri menjadi suami isteri yang baik, memahami kesesuaian dalam membuat pilihan, atau lebih dikenali sebagai ‘kufu’, dan sebagainya. Memandangkan peranan keluarga yang penting, wajarlah setiap pasangan...

Continue Reading →

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Oleh Puan Zaleha Ahmad Dalam mendidik anak-anak, ramai pakar pembangunan kanak-kanak setuju bahawa cara untuk mendidik dan membina keperibadian yang baik di kalangan kanak-kanak bermula dari kecil, terutama sekali di waktu pra-sekolah. Dalam lingkungan usia ini, perangai dan perwatakan mereka lebih senang dibentuk dan dipupuk dengan nilai-nilai yang positif dan murni. Mereka juga senang belajar dengan melihat dan meniru orang-orang di sekeliling mereka, terutama sekali ibu bapa. Menanam nilai-nilai positif seperti kejujuran, keberanian, bertanggungjawab, keihsanan, amanah, berbaik sangka, ramah, bertolak ansur dan hormat-menghormati selalunya lebih berkesan bila anak-anak masih kecil berbanding bila mereka sudah di peringkat remaja. Dalam masyarakat hari...

Continue Reading →

Menanam Minat Generasi Muda Terhadap Islam

Oleh Ustaz Ridhwan Mohd Basor PENDIDIKAN Islam merupakan asas kepada keutuhan keimanan individu. Untuk menjadi seseorang mukmin yang berjaya, ilmu pengetahuan termasuk ilmu agama, perlu dimiliki. Pengamalan ajaran Islam memerlukan kefahaman kepada pelbagai aspek keagamaan, dari sudut ritual, sejarah, falsafah dan aspek-aspek lain yang bersangkutan. Keperluan untuk memahami ibadah lebih dari aspek ritual akan memperkayakan lagi penghayatan kepada ibadah tersebut. Selain dari mempelajari rukun-rukun dan hukum ahkam perlaksanaan sesuatu bentuk ibadah, kita juga diajak memahami sejarah serta falsafah di sebalik syariat ibadah tersebut. Misalnya, dalam syariat ibadah puasa, selain dari memahami hukum fiqh berkenaan dengan perlaksanaannya, seseorang dapat diperkayakan dengan...

Continue Reading →