Asatizahs’ Advice

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Oleh Puan Zaleha Ahmad Dalam mendidik anak-anak, ramai pakar pembangunan kanak-kanak setuju bahawa cara untuk mendidik dan membina keperibadian yang baik di kalangan kanak-kanak bermula dari kecil, terutama sekali di waktu pra-sekolah. Dalam lingkungan usia ini, perangai dan perwatakan mereka lebih senang dibentuk dan dipupuk dengan nilai-nilai yang positif dan murni. Mereka juga senang belajar dengan melihat dan meniru orang-orang di sekeliling mereka, terutama sekali ibu bapa. Menanam nilai-nilai positif seperti kejujuran, keberanian, bertanggungjawab, keihsanan, amanah, berbaik sangka, ramah, bertolak ansur dan hormat-menghormati selalunya lebih berkesan bila anak-anak masih kecil berbanding bila mereka sudah di peringkat remaja. Dalam masyarakat hari...

Continue Reading →

Menanam Minat Generasi Muda Terhadap Islam

Oleh Ustaz Ridhwan Mohd Basor PENDIDIKAN Islam merupakan asas kepada keutuhan keimanan individu. Untuk menjadi seseorang mukmin yang berjaya, ilmu pengetahuan termasuk ilmu agama, perlu dimiliki. Pengamalan ajaran Islam memerlukan kefahaman kepada pelbagai aspek keagamaan, dari sudut ritual, sejarah, falsafah dan aspek-aspek lain yang bersangkutan. Keperluan untuk memahami ibadah lebih dari aspek ritual akan memperkayakan lagi penghayatan kepada ibadah tersebut. Selain dari mempelajari rukun-rukun dan hukum ahkam perlaksanaan sesuatu bentuk ibadah, kita juga diajak memahami sejarah serta falsafah di sebalik syariat ibadah tersebut. Misalnya, dalam syariat ibadah puasa, selain dari memahami hukum fiqh berkenaan dengan perlaksanaannya, seseorang dapat diperkayakan dengan...

Continue Reading →

Manfaatkan Nikmat Yang Dikurniakan

Oleh Ustaz Abdul Manaf Rahmat KEMURAHAN Allah kepada hamba-hambaNya tidak ada batasan. Ini jelas dilihat melalui kurniaan nikmatNya yang mencurah-curah. Bagi setiap nikmat yang dibentangkan, ia untuk dimanfaatkan manusia. Malah Allah tidak memerlukan sebarang imbalan daripada hambanya. Sesiapa yang tahu akan kedudukan dirinya akan bersyukur atas limpahan nikmat dan akan merasa dekat dengan Allah di dunia ini serta dijanjikan kehidupan yang lebih bahagia di akhirat nanti. Walaupun ada dalam kalangan hambaNya yang tidak mengenang budi dan masih boleh terus mengecapi nikmat yang sedia ada dengan seenak-enaknya, namun di penghujung hidupnya, dia pasti akan merasakan penyesalan yang tidak berguna. Pada hari...

Continue Reading →