• Subuh 00:00
  • Syuruk 00:00
  • Zohor 00:00
  • Asar 00:00
  • Maghrib 00:00
  • Isyak 00:00

About Fiqh Bagi Pesakit

Tarikh: Setiap Sabtu, 19 & 26 September 2020
Masa: 9:00am – 1:00pm
Lokasi: Zoom (Live)
Yuran: $50
Bahasa: Melayu
Murabbi: Ustaz Ahmad Faritz

FIQH BAGI PESAKIT

Dalam kursus ini, para peserta akan dibimbing untuk mempelajari konsep rukhsah; iaitu pengecualian dari hukum yang umum, khususnya rukhsah yang berkaitan dengan fiqh ibadah untuk pesakit atau yang sedang mengalami keuzuran tertentu.

Kursus ini juga meliputi segenap aspek panduan untuk pesakit supaya dapat meneruskan ibadah seharian. Dalam bab solat, antara initipati yang disentuh termasuklah cara mengambil wudhu’, perihal tayammum, cara-cara mendirikan solat mengikut keupayaan kesihatan dan panduan kaifiat solat ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Berkenaan dengan ibadah puasa pula, kursus ini juga akan membincangkan tentang keuzuran-keuzuran yang berkaitan, contohnya Perlukah orang yang sakit berpuasa? Bolehkah dan bilakah orang yang sakit boleh berbuka puasa? Bagaimanakah pula bagi orang-orang yang penyakitnya bergantung pada ubat-ubatan sepanjang hari?

Di akhir kursus ini, dikongsikan juga doa-doa iringan yang boleh diamalkan ketika mengalami ujian.

Objektif Modul

Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan:

– Memahami konsep ‘rukhsah’ di dalam pelajaran Fiqh
– Cara bertayammum bagi orang yang mempunyai kecederaan/keuzuran
– Mengambil wudhu’ di dalam keadaan yang tertentu
– Mendirikan solat dalam posisi berbeza
– Cara menjama’kan solat bagi pesakit
– Isu perubatan kontemporari; seperti mendirikan solat dengan ‘urine catheter’
– Hukum-hakam berkenaan berpuasa ketika sedang sakit.
– Doa-doa bagi pesakit


Share this event

You may also be interested in

;