Masjid Khadijah

Pada satu ketika, masjid itu dikenali sebagai Masjid Bagarib, mengambil sempena nama imam masjid itu. Kini, selain memenuhi keperluan penduduk dan pekerja di kawasan itu, masjid itu turut menempatkan Religious Rehabilitation Group (RRG) yang memfokuskan usaha membetulkan salah tafsir konsep Islam dan melenyapkan fahaman ekstremis dan pengganas yang telah didoktrinkan oleh individu tertentu.
